Lancia lancar 'varian' baharu Ypsilon - sebuah skuter elektrik, jarak gerak 18 km

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah kami utarakan sebelum ini, jenama lagenda yang sinonim dengan prestasi dunia rali itu kini hanya menjual satu model sahaja di pasaran tunggal Itali, iaitu Lancia Ypsilon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan jenama itu kini sudah mendapat sokongan yang besar daripada syarikat induk Stellantis, Lancia kini mengorak langkah dengan memperkenalkan sebuah lagi 'varian' bagi model Ypsilon, dan ia disasarkan untuk menawarkan penyelesaian mobiliti urban yang lengkap dan lestasi.

Sayang sekali, ia bukanlah sebuah kereta empat roda, sebaliknya Ypsilon yang dilancarkan ini merupakan sebuah e-skuter, atau skuter elektrik.

 


Ia dibangunkan dengan kerjasama pakar mikromobiliti urban MT Distribution, dengan spesifikasi seperti motor elektrik brushless 250 watt dan menawarkan jarak sehingga 18 kilometer untuk sekali cas penuh.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah lampu LED depan dan belakang, penggunaan rangka aluminium, roda bersaiz lapan inci dan struktur yang mudah dilipat untuk penyimpanan di dalam ruang kargo kenderaan.

 


Terdapat dua warna pilihan iaitu Maryne dan Gold, dan skuter ini bakal dijual di kesemua pengedar Lancia, serta saluran runcit, outlet elektronik dan juga kedai-kedai dalam talian utama di negara tersebut.

Harga jualan bermula dari €299 (RM1,487) sahaja.

 

 

Lancia Ypsilon


Sedikit info menarik berkenaan model sebenar Lancia Ypsilon, ia merupakan satu-satunya hatchback segmen B yang dijual oleh Lancia, namun Ypsilon merupakan model kedua paling laris di Itali dengan 22,783 unit diedarkan untuk lima bulan pertama tahun ini.

Selain daripada itu, angka jualan Lancia Ypsilon sahaja sudah berjaya mengalahkan angka jualan keseluruhan model Alfa Romeo di Eropah untuk tempoh Januari-Mei 2021!

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.…
Berita Global
Namun, nasib Lancia bakal berubah bermula tahun 2024 di mana CEO Lancia, Luca Napilitano…
Berita Global
Menurut laporan terkini, CEO baharu Lancia, Luca Napolitano mengesahkan mereka bakal menghidupkan…