Lancia umum perincian tiga model baharu yang bakal muncul - Ypsilon, Aurelia dan Delta!

oleh Mohamad Hanif|
Lancia merupakan satu jenama automotif yang sebelum ini pernah bertahan dengan mempunyai hanya satu buah model kenderaan sahaja (Ypsilon), selain bergantung pada pasaran domestik Itali sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, keadaan itu bakal berubah di bawah pelan perancangan bertempoh 10 tahun bermula tahun 2024, di mana Lancia bakal memperkenalkan sehingga tiga model baharu selain meluaskan pengaruh jenama itu ke luar pasaran Itali.

Generasi baharu Lancia Ypsilon akan muncul pada tahun 2024 dalam versi EV dan juga hibrid, dengan ukuran dimensi kira-kira empat meter yang bakal meletakkan model itu dalam segmen supermini yang masih lagi popular di Eropah.
 

Lancia


Menggunakan asas daripada senibina STLA Small, Lancia Ypsilon bakal berkongsi pelantar yang sama dengan Peugeot 208, Opel Corsa, Citroen C3, dan model-model baharu Stellantis yang bakal muncul kelak.

Selain daripada model Ypsilon, Lancia bakal memperkenalkan sebuah model bertaraf mercu Aurelia berukuran 4.6 meter yang membawakan bentuk badan crossover, tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam bentuk sedan, coupe, spider dan convertible.

Crossover Lancia Aurelia ini dibangun menggunakan senibina STLA Medium dengan unit trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Model ketiga dan terakhir yang bakal diperkenalkan oleh Lancia merupakan Delta baharu yang akan muncul pada tahun 2028, berukuran sehingga 4.4 meter yang membolehkannya diposisikan di bawah segmen hatchback kompak.

Difahamkan, Lancia baharu ini merupakan pendekatan yang lebih moden terhadap rekaan asal Guigiaro, dengan penggunaan platform STLA medium dan penawaran trenkuasa elektrik sepenuh masa.
 

Lancia


Selepas itu, Lancia akan menjadi jenama EV sepenuhnya pada tahun 2028, di mana pada ketika itu model Ypsilon hibrid bakal dihentikan penjualannya.

Selain daripada pasaran domestik, Lancia mahu mengembangkan lagi jenama itu di luar Itali, dengan lima negara pertama dipilih iaitu Sepanyol, Belgium, Perancis, The Netherlands dan Jerman.

Menurut Lancia, lima negara pertama itu dipilih berdasarkan minat terhadap produk buatan Itali (Sepanyol, Belgium, Perancis), peningkatan terhadap jualan dalam talian (The Netherlands dan Jerman), serta populariti bagi model-model premium segmen B.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebabnya mudah, kedua-dua jenama itu memiliki tidak lebih daripada dua model kenderaan sahaja.…
Berita Global
Kegemilangan Lancia terus padam sejak beberapa dekad kebelakangan ini, sehinggalah ke satu tahap…
Berita Global
  Harga jangkaan? Lingkungan 65,000 pound (RM346,809.11) hingga 75,000 pound (RM400,076.18).…