Land Cruiser Namib - kuda kerja tahan lasak untuk pasaran Afrika Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Land Cruiser 70 Series masih lagi dijual secara rasmi?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Land Cruiser 70 Series merupakan antara siri model yang paling lama diproduksikan atas muka bumi, bermula dari tahun 1984 sehinggalah sekarang. 

Dalam tempoh 35 tahun ini, negara manakah yang masih lagi menjual Land Cruiser 70 Series yang terkenal dengan kelasakan serta keupayaan off-road yang tiada tandingan ini? 

Jawapannya: Afrika Selatan.

 


Jika anda rajin melayari laman web Toyota Afrika Selatan, anda boleh menjumpai model Land Cruiser 79 4.5D V8 D/C Namib (atau nama pendeknya Namib) yang baharu sahaja ditambah ke dalam senarai varian.

Dengan enam varian (termasuklah versi cabin tunggal), harga jualan bermula dari R612,800 (RM173,747) sehinggalah kepada R893,600 atau RM253,362 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

Berbalik semula kepada varian Namib ini, ia dijana dengan enjin diesel turbo 4.5 liter yang mampu menghasilkan 202 hp dan 430 Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan. 
 


Menjadikan varian Namib ini lebih menarik, Toyota Afrika Selatan turut menaiktaraf sistem suspensi serta membaluti rim 16 inci dengan tayar off-road Cooper Discoverer S/T Maxx 265/75 yang dihiasi dengan aksara berwarna putih. 

Di bahagian luar, terdapat beberapa kemasan khas termasuklah pemakaian lencana Namib, gril hadapan rekaan baharu, bumper keluli hadapan, nudge bar, lampu tambahan serta tempat pemijak belakang yang diintegrasikan dengan cangkuk menunda.

Ruangan dalaman pula walaupun sedikit kuno, namun ia bersesuaian dengan tugas hakiki Land Cruiser sebagai kuda kerja yang tahan lasak.
 


Tempat duduk depan dan belakang menerima balutan daripada kanvas kelabu yang menampilkan logo Namib. 

Ciri-ciri moden tidak pernah dilupakan, seperti sistem hiburan skrin sentuh dengan ciri navigasi dan Bluetooth, tingkap berkuasa, kolum stereng boleh laras, glovebox dengan penyejuk terbina dalam, konsol bumbung dengan lampu LED, sistem radio dua  hala serta ruang storan ekstra.

Untuk ciri keselamatan, Land Cruiser ini hadir dengan sistem brek anti kunci ABS, dan juga dua beg udara hadapan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda sebenarnya bernasib baik kerana sebuah model istimewa bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto…
Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan rapat Careta, model SUV purba moden ini ada dipamerkan pada…