Land Rover Defender V8 Bond Edition - 300 unit, harga dari RM476k di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tayangan filem baharu James Bond No Time To Die pada 30 September ini, Land Rover telah melancarkan Defender edisi khas yang digelar sebagai Defender V8 Bond Edition.

Namun, sebelum anda meloncat kegembiraan, model edisi khas ini sayangnya tidak didatangkan dengan kelengkapan persenjataan yang wujud khas untuk James Bond.
 

007


Ini adalah disebabkan Defender yang dipamerkan dalam filem itu bukanlah sebahagian daripada kereta James Bond, sebaliknya dipandu oleh beberapa orang penjahat.

Dari segi penampilan, Defender V8 Bond Edition ini dilayangkan dengan warna hitam, lengkap dengan rim 22 inci, lencana khas Defender 007, lampu lopak 007, serta grafik 007 pada sistem infotainmen.
 

007


Kesemua Defender Bond Edition hanya ditawarkan dalam versi enjin V8 sahaja, dengan kuasa setinggi 518 hp dan keupayaan untuk melarikan diri (0-96 km/j) dalam masa 5 saat.

Defender V8 Bond Edition ini hanya akan dihasilkan sebanyak 300 unit sahaja, dan dijual pada harga bermula dari $114,600 (RM476,048) di Amerika Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…
Berita Global
Di pasaran UK, lain pula halnya. Para pemilik model Land Rover Range Rover kini berdepan kesukaran…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…