Land Rover 'Oxford' 1955 mulakan ekspedisi 16,000 km Singapura-London

oleh Mohamad Hanif|
Meneruskan kembali tradisi perjalanan kembara dari London ke Singapura yang telah dilakukan pada 1955, jentera Land Rover 'Oxford' 1955 kini singgah ke Malaysia sebelum bergerak sejauh lebih 16,000 km ke London semula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Upacara flag-off telah pun disempurnakan di TPC Kuala Lumpur bagi meraikan perjalanan kembali ke London yang diketuai oleh Alex Bescoby, 31 tahun. 

Alex Bescoby yang juga seorang pengkarya filem yang menyandang beberapa anugerah sebelum ini bakal memandu jentera asal Land Rover Series I Oxford 1955 serta merakam jejak-jejak ekspedisi pertama yang dilakukan 64 tahun yang lalu. 
 


Ekspedisi awal Oxford tidak berakhir seperti yang dirancang, di mana ia terkandas di ekspedisi Kepulauan Ascension dan terbiar berkarat sebelum diselamatkan oleh Adam Bennet pada tahun 2017.

Adam yang terkesan dengan cerita ekspedisi First Overland itu kemudian menghadiahkan jentera tersebut kepada Alex dan Tim Slessor (87 tahun) yang merupakan ahli asal ekspedisi pertama. 

Jentera yang telah dipulihkan sepenuhnya itu diterbangkan dari United Kingdom ke Singapura sebelum ia dipamerkan di pusat pameran Jaguar Land Rover Singapura pada 30 Mei 2019.
 


Ekspedisi ini akan mengambil masa kira-kira 100 hari merentas tiga benua, dan membawa mereka meredah hutan Malaysia dan Myanmar, pergunungan utara Turki, gurun Timur Tengah, serta negara-negara lain termasuklah Nepal, China, Uzbekistan, Iran dan Bulgaria. 

Sebelum keluar dari garis sempadan Malaysia, Land Rover Series I ini akan berjalan ke Cameron Highlands bagi melawat "Tanah Land Rover" di mana saki baki Series I sehingga Series III masih lagi wujud. 

 


The Oxford ini akan keluar meninggalkan Malaysia pada 27 Ogos setelah berhenti di Pulau Pinang dan bakal meneruskan lagi 97 hari sebelum tiba di London. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lastoverland.com/