Land Rover sambut ulang tahun Defender ke-30 di Amerika, lancar model edisi terhad 500 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover bakal menyambut ulang tahun yang ke-30 penjualan model Defender di Amerika Syarikat dengan memperkenalkan model edisi terhad Defender 30th Anniversary Edition.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut Land Rover, model ini merupakan tribut kepada model pertama yang mendarat di Amerika Syarikat, iaitu Land Rover Defender 110 yang muncul pada tahun 1992.
 

defender


Pada ketika itu, model Defender 110 First Edition dihadkan angka jualannya kepada 500 unit, dan menampilkan kelengkapan seperti perlindungan roll-over, rak bumbung dan juga cermin depan dengan ciri pemanas.

Meneruskan tradisi, Defender 110 2023 versi 30th Anniversary Edition turut ditawarkan dalam 500 unit dan hadir dalam layangan warna Fuji White.
 

defender


Selain itu, ia juga turut mendapat rim keluli bersaiz 18 inci kemasan Gloss White, upholsteri kulit Ebony, serta lencana khas yang dipasangkan pada bahagian pintu tailgate belakang.

Land Rover turut menawarkan pelbagai jenis aksesori termasuklah rak bumbung Expedition, mud flap klasik depan dan belakang, alas lantai getah, tempat pemijak sisi, tangga boleh lipat, penambahan pada arka roda diikuti dengan kelengkapan pakej Cold Climate Pack, Black Exterior Pack, Tow Pack dan Off-Road Pack.
 

defender


Harga jualan Land Rover Defender 30th Anniversary Edition 2023 ini bermula dari $75,000 (RM326,513) di pasaran Amerika Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Land Rover Defender seperti kenderaan wajib buat individu terkenal. Terbaru, pemandu Formula 1…
Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…