Land Rover umum pengujian Defender berkuasa hidrogen bermula tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover Defender nampaknya bakal mendapat opsyen trenkuasa yang lebih meluas dan mesra alam dengan pengujian teknologi sel bahan api hidrogen yang bakal bermula di UK lewat tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Data teknikal serta spesifikasi penuh Land Rover Defender hidrogen ini masih belum diketahui, namun menurut Land Rover kenderaan hidrogen mempunyai banyak manfaat termasuklah pengisian pantas, serta kurang risiko kehilangan jarak operasi ketika cuaca yang sejuk.

Sama seperti Toyota Mirai, emisi yang keluar dari tip ekzos hanyalah air tulen disebabkan proses reaksi kimia di dalam sel bahan api.
 

 


Selain daripada teknologi alternatif kepada EV ini, apa yang perlu ditekankan adalah fasiliti pengisian hidrogen yang masih lagi kurang didapati di merata tempat.

Menurut International Energy Agency (IEA) mereka meramalkan terdapat sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengisian hidrogen bakal tersedia menjelang akhir dekad ini.

Land Rover Defender sedia ada sudah pun mempunyai versi trenkuasa yang dielektrifikasi, seperti contoh trenkuasa mild-hybrid, serta varian plug-in hybrid P400e yang menghasilkan 400 hp dan 650 Nm dan jarak operasi sifar emisi sejauh 43 km terima kasih kepada pek bateri 19.2 kWh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…