Landasan cair akibat cuaca panas, Tentera Udara UK henti penerbangan

oleh Mohamad Hanif|
Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari pangkalan udara terbesarnya di Oxfordshire kerana landasan terbangnya cair pada Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh portal berita Express.

Keputusan RAF untuk menghentikan sementara penerbangan di pangkalannya itu turut dilaporkan oleh Sky News.

Keputusan itu dibuat untuk memastikan tiada kesan ke atas operasi dan berlaku ketika suhu menghampiri 40 darjah Celsius di Britain.

Dalam satu kenyataan, pihak RAF mengesahkan penerbangan dialihkan ke tempat lain dan menyatakan bahawa lencongan itu tidak mengganggu urusan ketenteraan.

Penerbangan juga digantung di Lapangan Terbang Luton kerana masalah landasan terbang akibat cuaca panas dengan pesawat dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.

Kenyataan yang disiarkan ke akaun Twitter Luton berbunyi: “Berikutan suhu tinggi hari ini (Isnin), kecacatan permukaan dikenal pasti berlaku di landasan (terbang).

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, bila cuaca panas melanda, rasa lagi terseksa bila nak buat sesuatu aktiviti, terutama sekali…
Berita Global
Tular satu rakaman yang menunjukkan keadaan jalan tar tersebut, dimana jelas kelihatan permukaan…
Informasi
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran gelombang haba yang kini melanda Semenanjung…