Langgar anggota polis, suspek berjaya ditahan dalam masa 15 minit!

oleh SALINA JALIL|
Cubaan dua lelaki yang menaiki motosikal melarikan diri ketika cuba ditahan polis gagal apabila mereka ditahan 15 minit kemudian selepas melanggar anggota polis di Damansara Damai, Petaling Jaya, pada hari Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian jam 8.15 malam Isnin lalu, anggota unit peronda polis cuba menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.


Menurutnya, semasa penahanan dibuat, kedua-dua suspek melarikan diri dan melanggar salah seorang anggota polis yang berada di luar kereta peronda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Anggota polis terbabit mengalami kecederaan ringan pada kaki dan tangan kanan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

 

"Susulan kejadian itu, polis menahan mereka pada jam 8.30 malam dan merampas motosikal terbabit," katanya dalam kenyataan media, semalam.

 

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…