Langgar hak intelek - Nintendo arah penyedia MariCar bayar RM1.9 juta

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengendali go-kart yang menyerupai Mario Kart, Mari Mobility diarahkan untuk membayar Nintendo wang sebanyak US$460,000 (RM1.9 juta) atas kesalahan melanggar hak harta intelek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mari Mobility didapati bersalah atas kesalahan menawarkan kostum menyerupai karakter Mario Kart kepada para pelanggan go-kart yang melalui jalan-jalan utama di Tokyo. 

Malah, penggunaan nama 'MariCar' oleh syarikat Mari Mobility juga didapati amat menyerupai nama Mario Kart. 

Syarikat Mari Mobility juga baru-baru ini telah dijenamakan semula sebagai Street Kart sebagai langkah untuk mengelakkan tindakan undang-undang oleh Nintendo. 

Malah, kostum superhero dan go-kart yang dibekalkan juga turut ditampal dengan notis "tidak berkaitan dengan Nintendo".

Berdasarkan saranan daripada Trip Advisor, aktiviti memandu go-kart di jalan raya Tokyo sememangnya satu perkara yang digemari oleh para pelancong, namun dengan tindakan undang-undang ini tidak dapat dipastikan sama ada ia akan diteruskan ataupun tidak.