Langgar lari di Puchong Utama, polis buru pemandu Honda BR-V

oleh Penyumbang Rencana|
foto MyBerita
Polis giat mengesan seorang pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Puchong Utama pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu rakaman video selama 54 saat tular di Facebook menunjukkan sebuah motosikal mengejar kereta jenis Honda BR-V yang dipandu seorang lelaki.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas kereta terbabit terlibat dalam kemalangan dengan motosikal jenis Honda EX5.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 berkenaan bergerak lurus dari Puchong Utama menghala Puchong Permai sebelum dilanggar Honda BRV.

"Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu kereta terbabit dan mengenal pasti punca kemalangan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222," ujarnya.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang melintas bersama rakannya telah dilanggar sebuah…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemandu kenderaan…