Langgar lari - Pemandu BMW didenda RM5,500

oleh Penyumbang Rencana|
foto malaysiagazette
Pemandu kereta BMW yang diburu polis kerana menghilangkan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga mengakibatkan pemandunya patah tangan, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru, pada Jumaat.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Christopher Lim Ka Hen, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Tertuduh yang juga pekerja khidmat pelanggan turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta VBN 1189 didakwa memandu kenderaan berkenaan tanpa pertimbangan munasabah orang lain menggunakan jalan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Danga - Jalan Nusa Bestari di sini, kira-kira jam 3.10 pagi, 17 Januari lalu.

Atas perbuatan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu diendors oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda berkenaan serta memerintahkan lesen memandu tertuduh diendorskan oleh mahkamah.

Pada 19 Januari lalu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu kereta BMW berwarna putih itu bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah Perodua Aruz dengan BMW berkenaan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Aruz yang bergerak lurus di lampu isyarat berwarna hijau didatangi BMW berkenaan dari arah kanan yang tidak berhenti, lalu melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV), itu di bahagian hadapan sebelah kanan.

Pemandu MPV yang juga lelaki tempatan berusia 26 tahun dilaporkan patah tangan kanan, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dari lokasi kemalangan.

- tak setimpal kesalahan dan pengajaran... -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pemandu kenderaan…
Berita Domestik
Menurut beliau kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Audi TT yang dari arah Jalan Dato’…