Langgar murid depan sekolah, pemandu Myvi dipercayai mabuk

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video kamera papan pemuka
Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson, cedera selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai mabuk pada Khamis.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar kereta Perodua Myvi dipandu suspek.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pemandu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar mangsa yang sedang melintas.

Mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan.

Ujian saringan alkohol yang dilakukan menunjukkan bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah (lebihan 153mg alkohol/100ml darah).

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota trafik dari Balai Polis Bayan Lepas di…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta telah memandu kenderaan itu dengan kandungan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang bertugas itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam…