Langgar SOP: Polis Pulau Pinang serah kompaun kepada MB Kedah

oleh Mohamad Hanif|
Polis Pulau Pinang telah menyerahkan kompaun kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, kerana dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) total lockdown dengan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, bulan lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kompaun berkenaan telah diserahkan kepada Muhammad Sanusi pada Ahad, namun beliau enggan mendedahkan nilainya.

"(Kompaun) dah diserahkan kepada Menteri Besar.. Saya rasa nilai yang dikompaun harus ditanyakan kepada orang yang dikompaun.. Kami hanya menyerahkan daripada pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) kepada orang yang disaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan tindakan ke atas Menteri Besar Kedah pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, pada Isnin.

Pada 5 Jun lepas, tular gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta ketika negara berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden kemudian menafikan Muhammad Sanusi melanggar SOP.

Polis kemudian telah mengambil keterangan Muhammad Sanusi dan beberapa saksi berhubung kes tersebut.
Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…