Kejadian berlaku pada 10 Mei lalu sekitar jam 2.30 petang di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Duta. Tertuduh yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara berwarna hitam didapati memotong secara tidak selamat sebelum melanggar motosikal yang dinaiki pasangan tersebut. Selepas pelanggaran itu, tertuduh meninggalkan lokasi tanpa berhenti untuk memberikan bantuan
Akibat kemalangan tersebut, mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali, manakala isterinya, 49 tahun, mengalami pendarahan otak, patah tulang rusuk, dan kecederaan serius pada buku lali.
Tertuduh K Darmaju, 32 didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM 12,000.00. Lesen memandu tertuduh juga digantung selama lima tahun bermula dari tarikh sabitan.
Dalam prosiding mahkamah, peguam bela tertuduh merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum atas alasan baru mendirikan rumah tangga dan perlu menyara keluarga termasuk ibu bapa. Namun, pihak pendakwaan mencadangkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat
Seorang jurujual aksesori kenderaan, K. Darmaraju, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.