Langkawi bakal miliki 'Litar Nurburgring Timur' 5.8 km, resort bernilai RM1.3 billion

oleh Mohamad Hanif|
OPen Road Asia Sdn Bhd dengan Permodalan Kedah Berhad hari ini memeterai perjanjian usaha sama bagi membangunkan destinasi pelancongan dan sukan permotoran OPen Road International Circuit (ORIC) dan Integrated Resorts (IR) di Pulau Langkawi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Litar ORIC dan resort itu bakal dibangunkan atas tanah berkeluasan 183 ekar di Bukit Malut yang bukan sahaja menampilkan litar perlumbaan mengikut kelulusan FIA, malah ia juga menempatkan resort bersepadu yang merangkumi hartanah kediaman mewah, outlet jualan barangan mewah, hotel lima bintang, pusat pengedar kenderaan 4S, fasiliti storan yang mampu menempatkan 900 unit kenderaan, stesen minyak dan restoran ternama berkelas dunia.

 


Majlis tandatangan itu dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor; Pengasas dan Penasihat Kumpulan OPen Road Asia, Dato' David Goh, dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Abdul Rahman Haji Din.

Menurut Dato' David, projek bersepadu ORIC yang bernilai RM1.3 billion ini dijangka mampu memberikan lonjakan ekonomi berimpak tinggi kepada Pulau Pinang, negeri Kedah dan Malaysia apabila ia dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

 


Tambah beliau lagi, litar perlumbaan ini bakal mempunyai beberapa rekaan yang pertama di dunia, seperti seksyen lurus terpanjang di dunia, selekoh berkeluk, selekoh hairpin serta mengambil inspirasi daripada Litar Nurburgring di Jerman.

Malah beliau turut menyifatkan ORIC ini sebagai Litar Nurburgring Timur.

Litar ORIC ini dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2023 dan bakal menjadi platform yang menggalakkan proses penyelidikan dan pembangunan automotif, litar ujian, serta destinasi perlumbaan bagi pengeluar automotif terkemuka, peminat sukan permotoran dan pasukan perlumbaan dari seluruh dunia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang…
Berita Domestik
Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global…
Berita Domestik
TNB dan MARii (sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI)…