Lapangan terbang Kulim siap 2026

oleh HEZERI SAMSURI|
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka akan mula beroperasi seawal 2026 dan bakal meningkatkan imej dan status Kedah kepada sebuah negeri yang berkembang maju.

Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, KXP akan memainkan peranan penting dalam cabang-cabang industri seperti penerbangan, had industri halal, farmasi, kargo dan e-dagang di rantau Asean.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasa pertama yang akan memakan kos RM6 bilion akan bermula dalam tempoht erdekat dan ia termasuk proses pengambilan tanah.

Pembinaan infrastruktur utama juga akan menurut, termasuk pembinaan Lebuhraya Koridor Utara (NCH) antara Bandar Baharu ke Sungai Petani (melalui KXP), akses baharu lebuhraya Utara-Selatan di Tikam Batu, menaik taraf laluan keluar masuk Sungai Petani dan penjajaran landasan keretapi Tasik Gelugor - Kulim Hi-Tech Park - Sungai Petani.

Sanusi berkongsi maklumat tersebut selepas memeterai perjanjian usahsama bersama Kumpulan ECK yang diwakili oleh Tan Sri Dr Khor Eng Chuan.

 

 

Beliau yang juga menjadi Pengerusi KXP Airport City Holdings Sdn Bhd berkata KXP akan menyumbang kepada Pendapatan Kasar Negara sebanyak US$281 juta menjelang 2026.

Perancangan projek mega itu akan mewujudkan sebanyak 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk penduduk setempat.

Selain dari hab ekonomi, KXP merancang untuk menjadi hab penerbangan haji dan umrah untuk penduduk di utara semenanjung.

* Laporan lanjut di Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, isu membabitkan perkhidmatan feri berada di bawah bidang tugas…
Berita Domestik
Berita beliau melakukan pandu uji Ford Ranger Raptor tular setelah seorang saksi orang awam memuat-…