Lapangan Terbang Subang akan tambah 200 lagi ruang parkir

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara keluhan pengguna Lapangan Terbang Subang (SZB) ialah ruang parkir kenderaan - ia tidak mencukupi dan ada tempatnya menjadi terlalu gelap di sebelah malam.

Jangan risau kerana Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) bakal membuat penambahan sebanyak 200 ruang parkir kereta menjelang suku ketiga tahun 2021, menjadikan jumlahnya kepada 1,000 ruang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penambahan lain termasuk pemasangan lampu limpah berkapasiti tinggi dan papan tanda yang memudahkan navigasi di dalam kawasan tersebut.

Pelan itu dikongsi bersama oleh CEO Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Selain dari itu, kamera CCTV tercanggih juga akan dipasang untuk meningkatkan lagi keselamatan pengguna.

MAHB sedang dalam proses penambah-baikan SZB untuk menjadikannya hab pengangkutan bagi kawasan Lembah Klang.

Perancangan Subang Airport Regeneration selama 5-tahun itu akan merangkumi falisiti-fasiliti khusus untuk syarikat-syarikat seperti hangar, bengkel membaiki kapal terbang, kilang penghasilan skuktur aero.

* Laporan dari Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…
Berita Domestik
Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft…
Berita Domestik
Selain daripada itu, ia juga dikatakan mampu menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi…