Lapangan Terbang Subang bakal jadi terminal kereta terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Airports semalam (21 Julai) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Skyport selaku pereka dan pengendali infrastruktur lapangan teksi terbang elektrik, dan Volocopter selaku peneraju di dalam mobiliti udara urban (UAM).
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Perjanjian MoU antara ketiga-tiga belah pihak itu bertujuan untuk mengkaji kesesuaian pelaksanaan pembinaan terminal kenderaan eVTOL (kereta atau teksi terbang) di Malaysia.

Kolaborasi itu bakal menyaksikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), Subang akan dijadikan sebagai hab pertama negara untuk dijadikan sebagai terminal teksi udara dan ia merupakan sebahagian daripada rancangan penjanaan semula lapangan terbang tersebut untuk tempoh lima tahun akan datang.
 

 


Menurut jangkaan, rantau Asia Pasifik bakal merangkumi 45 peratus daripada pasaran mobiliti udara termaju menjelang 2035 bernilai $9.5 bilion (RM40.21 bilion).

Langkah terbaharu ini bakal menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama pelaksanaan sistem pengangkutan udara urban walaupun sebelum ini ia dianggap sebagai satu jenaka murahan oleh netizen.

Sumber: Skyports

Berita Berkenaan

Informasi
"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan…
Informasi
Penerbangan pertama AK4102 dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.25 pagi dan telah tiba di…
Berita Domestik
“Fasa Operasi Jet Interim (IJO) akan memperkenalkan semula operasi pesawat satu lorong dari…