Lapangan Terbang Subang sah diambil alih entiti swasta

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini dan sebagai sebahagian daripada proses itu, kerajaan akan mendapatkan input daripada kami mengenai perkara itu.

"Bersama-sama dengan Malaysia Aviation Group, kami telah memberikan pandangan awal kami," menurut pengendali lapangan terbang itu,hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan berita yang tersebar mengenai pengambilalihan lapangan terbang Subang oleh sebuah entiti perniagaan swasta.

Buat masa sekarang, kami belum diberikan butiran cadangan itu lagi dan belum ada perbincangan yang diadakan dengan kerajaan mengenai butirannya," kata Malaysia Airports.

Ia juga menekankan betapa penting untuk mendapatkan pandangan daripada pengawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Dari segi penjenamaan semula KLIA dan KLIA 2 kepada Terminal 1 dan Terminal 2, itu permohonan…
Informasi
  Katanya trafik antarabangsa meraih 2.8 juta pergerakan penumpang, sama seperti paras yang…
Berita Global
Laporan AFP menyebut, masalah teknikal tersebut telah dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan yang…