Laporan: Apple labur $3.6 billion dalam Kia Motors untuk projek EV swapandu!

oleh Mohamad Hanif|
Apple Inc dilaporkan bakal melabur $3.6 billion di dalam syarikat Kia bagi memastikan projek Apple Car mampu direalisasikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Bloomberg, media tempatan Korea DongA Ilbo mendedahkan projek kerjasama antara Apple dan Kia itu bakal mengambil tempat di kilang Georgia, Amerika Syarikat menjelang tahun 2024.

Sasaran awal adalah untuk menghasilkan kira-kira 100,000 unit kenderaan dalam masa setahun.

Bulan lalu, Hyundai Motor Co, sekutu Kia dikatakan menolak dakwaaan syarikat tersebut sedang melakukan rundingan dengan Apple, sebaliknya menyatakan mereka sedang menghubungi beberapa rakan berpotensi untuk membangunkan EV swapandu.

Laporan berkenaan kemasukan Apple ke dalam industri automotif telah menimbulkan spekulasi, dan menurut sumber yang arif dengan perkembangan tersebut, Apple memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk melancarkan sebuah kenderaan elektrik swapandu.

Berita berkenaan kerjasama antara Apple dan Kia Motors menyebabkan saham Kia meningkat kepada 14.5 peratus, catatan tertinggi yang pernah direkokdkan semenjak tahun 1997.

Setakat ini, Kia dan Apple masih enggan memberikan penjelasan.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu laporan terkini daripada MacRumours menyebut syarikat itu dikatakan telah membeli tapak litar…
Berita Global
Menurut laporan daripada DigiTimes, syarikat teknologi gergasi itu sedang melakukan perbincangan…
Berita Global
Menurut jurucakap Nissan, "Kami tidak melakukan sebarang rundingan dengan Apple, akan tetapi Nissan…