Laporan: Mazda BT-50, MX-30 bakal mendarat di Malaysia Q1 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu temubual yang dijalankan oleh BFM, CEO Bermaz Auto Dato' Francis Lee mendedahkan bahawa pihaknya sedang meneliti perancangan untuk membawa masuk model trak pikap generasi baharu Mazda BT-50 dan crossover Mazda MX-30 menjelang suku pertama tahun hadapan (Q1 2021).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memetik laporan daripada Wapcar, Dato Francis Lee berkata demikian ketika mengulas perancangan masa hadapan yang bakal diambil oleh Bermaz Auto, selain daripada memegang jenama Mazda, Ssangyong dan Changan.

Beberapa khabar angin bertiup sebelum ini menyebut bahawa Bermaz Auto telah menjalankan rundingan dengan beberapa jenama automotif, termasuklah jenama yang sudah pun mempunyai hak pengedaran di sini.

Difahamkan, satu daripadanya merupakan jenama automotif dari Eropah, dan dua daripadanya merupakan jenama Asia.

Pun begitu, perincian terhadap perbincangan yang dilakukan serta pihak yang terlibat tidak didedahkan buat masa ini.

 


"Kami sentiasa mencari peluang untuk menambah lebih banyak jenama di bawah kumpulan, namun kami harus berhati-hati apatah lagi ketika keadaan yang tidak menentu pada ketika ini disebabkan COVID-19.

"Buat masa ini, tumpuan kami adalah untuk memastikan kami memiliki asas yang kukuh, terutama dari segi kewangan," ujar beliau lagi.

Berjaya Auto berjaya mengambil alih hak pengedaran jenama Mazda di Malaysia pada tahun 2008 daripada Cycle and Carriage sebelum ia diserahkan kepada Bermaz Auto pada tahun 2016.

Semenjak pengambilalihan tersebut, Berjaya Auto/Bermaz Auto berjaya memperbaiki jualan kenderaan Mazda di Malaysia, di mana pada tahun lalu lebih 11,000 unit kenderaan Mazda terjual berbanding 1,059 unit pada tahun 2007.

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…