Laporan: Mazda MX-30 masuk Malaysia Q4 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Harus diakui, Mazda Malaysia memang aktif membawakan model-model yang terkini ke pasaran Malaysia, sebagai contoh, Mazda CX-30 yang baru sahaja dilancarkan selepas beberapa bulan pelancaran diperingkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh AmInvestment, Mazda Malaysia dilihat bakal membawa masuk sebuah lagi model baharu menjelang suku keempat 2020, kali ini sebuah EV Mazda MX-30!

Mazda MX-30 akan tiba di tanah air dalam bentuk unit import sepenuhnya (CBU) sebagai sebuah kenderaan elektrik dengan motor elektrik tunggal dan kuasa 142 hp serta daya kilas 263 Nm.

 


Pihak Mazda Malaysia juga mungkin akan mempertimbangkan pemasangan MX-30 secara tempatan (CKD) menjelang tahun 2021 memandangkan kenderaan hibrid dan elektrik yang dipasang di dalam negara dapat dikecualikan daripada cukai eksais. 

Ini memberikan peluang kepada Berjaya Auto untuk menawarkan harga jualan Mazda MX-30 yang lebih menarik perhatian para peminat Mazda di Malaysia. 

Kemasukan model MX-30 ke dalam pasaran Malaysia merupakan susulan kepada perancangan Mazda untuk menambah dan merancakkan lagi barisan model CKD ke dalam negara. 
 


Menurut laporan daripada AmInvestment Bank lagi, dengan jumlah pelaburan kapital bernilai RM200 juta, mereka mensasarkan kilang pemasangan di Kulim mencapai kapasiti pengeluaran sehingga 80,000 unit setahun, berbanding 30,000 unit. 

Selain daripada model MX-30, sebuah lagi model yang bakal dipertimbangkan untuk memasuki kilang Kulim adalah CX-30 pada tahun 2021. 

Mazda MX-30 dibangunkan menggunakan platform e-Skyactiv yang tidak berkongsi dengan mana-mana model Mazda sedia ada, dengan jarak operasi sifar emisi sejauh 200 kilometer untuk sekali cas penuh.
 


Reka bentuk luaran Mazda MX-30 lebih kepada sebuah crossover coupe dengan mekanisme pintu suicide yang diinspirasikan daripada Mazda RX-8, dan elemen crossover daripada adik beradiknya Mazda CX-30.

Harapan penulis, dengan kehadiran Mazda MX-30 mudah-mudahan lebih banyak pengeluar membawa masuk model kenderaan elektrik mereka. 

Baca: Tokyo Motor Show 2019 - Mazda MX-30 

Baca: Kenapa bateri Mazda MX-30 kecil?

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…