Laporan: Nissan GT-R R35 Final Edition 2022, 710 hp, model pengakhiran buat generasi R35

oleh Mohamad Hanif|
Ketika generasi baharu Nissan Proto Z (Nissan 400Z) menunggu saat untuk diperlihatkan secara rasmi, tinggallah Nissan GT-R R35 sebagai model prestasi tinggi tertua Nissan yang masih wujud di pasaran tanpa sebarang perubahan besar.

Malah, generasi baharu Nissan GT-R juga dikatakan tidak akan muncul dalam masa terdekat, paling awal pun ia bakal menjengah menjelang tahun 2022 atau sebelum tahun 2023, berdasarkan laporan daripada majalah Jepun Best Car Web.

 


Tambah laporan itu lagi, Nissan juga akan memperkenalkan versi Final Edition buat Nissan GT-R pada tahun 2022 sebagai pengakhiran buat generasi R35 yang pada ketika itu berusia 15 tahun tepat.

Bakal ditawarkan dalam 20 unit sahaja, Nissan GT-R Final Edition itu akan mempunyai angka output 710 kuasa kuda, dan 780 Nm - enjin yang sama digunakan pada Nissan GT-R50 oleh Italdesign.

 


Jika anda masih ingat, nadi Nissan GT-R50 merupakan versi naiktaraf daripada enjin V6 3.8 liter VR38DETT sedia ada, dilengkapi dengan unit turbo daripada jentera lumba GT-R GT3, selain penggunaan intercooler yang lebih besar, penyuntik bahan api beraliran tinggi, serta talaan semula kepada sistem transmisi klac berkembar.

Best Car Web turut mengunjurkan harga jualan Nissan GT-R R35 Final Edition bermula dari 40 juta yen atau $377,300 (RM1.57 juta), lebih mahal berbanding Nissan GT-R Nismo yang berharga $210,740 (RM877,521).

Namun, ia ternyata lebih berbaloi untuk dimiliki jika dibandingkan dengan model Nissan GT-R50 yang direka oleh Italdesign dengan tanda harga $1 juta itu...

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan terbaharu dari Jepun mendakwa Mazda sedang membangunkan enjin rotari yang boleh disuap…
Berita Global
Namun, ia bukan sekadar varian 'standard' semata-mata, memandangkan Nissan juga mempunyai…
Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Spyder7, Lexus juga dikatakan berminat untuk menawarkan kereta…