Laporan: Nissan teroka kemungkinan jual pegangan dalam Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terbaharu melibatkan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, Nissan dikatakan sedang meneroka kemungkinan untuk menjual sebahagian atau keseluruhan pegangan 34 peratus di dalam Mitsubishi Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Reuters yang memetik Bloomberg News semalam menjelaskan langkah tersebut bakal memberikan kesan kepada struktur pakatan itu sendiri, termasuklah syarikat automotif Perancis, Renault.

Disebabkan berita tersebut, saham Nissan meningkat lima peratus manakala saham Mitsubishi juga turut meningkat 3 peratus.

Wakil Nissan dalam satu emel balas kepada Reuters memberitahu, "tidak akan ada sebarang perancangan untuk mengubah struktur modal dengan Mitsubishi," dan menambah kolaborasi "Small but Beautiful" antara kedua-dua syarikat masih lagi diteruskan di dalam pakatan tersebut.

Renault walaubagaimanapun enggan mengulas berkenaan isu tersebut.

Pegangan Nissan di dalam Mitsubishi Motors berkemungkinan akan dijual semula kepada syarikat kumpulan Mitsubishi, seperti Mitsubishi Corp yang kini sudah pun memiliki satu perlima daripada Mitsubishi Motors.

Namun dengan langkah tersebut ia bakal dasar perkongsian tiga hala yang telah dibina oleh Carlos Ghosn sebelum bekas presiden itu ditangkap atas tuduhan salah laku kewangan.

Ghosn sebelum ini mahukan penggabungan penuh antara Nissan dan Renault, namun langkah tersebut ditangguhkan oleh kerana kedua-dua syarikat membuat keputusan untuk memperbaiki hubungan pakatan yang bermasalah.

Namun, kehadiran wabak pandemik COVID-19 ternyata memburukkan lagi keadaan semasa.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…