Laporan: Vios bakal terima varian GR Sports, CVT 10 nisbah kelajuan?

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: wapcar
UMW Toyota baru-baru ini telah pun membuka tempahan bagi model hatchback segmen B Yaris facelift yang dijangka pelancarannya pada hujung tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apa cerita dengan Vios? Adakah ia akan menerima versi facelift seperti Yaris?

Ya, menurut laporan daripada rakan media Wapcar, sedan segmen B tersebut bakal hadir tidak lama lagi namun dengan satu kejutan - ia bakal menerima varian yang lebih sporti dinamakan sebagai Vios GR Sport.

Langkah memperkenalkan varian sporti tersebut tidaklah aneh, memandangkan UMW Toyota sendiri menggunakan model sedan tersebut untuk siri perlumbaan Gazoo Racing Vios Challenge, dan dengan pengenalan model sporti tersebut mampu menarik perhatian umum terhadap siri perlumbaan tahunan itu.

 


Namun harus diingat, dengan nama GR tidak bermakna ia memiliki kuasa setaraf GR Yaris, jauh sekali GR Supra!

Ini kerana mengikut hierarki kedudukan, GR Sport diposisikan dibawah GR (GRMN duduk di tangga teratas), namun dengan beberapa naiktaraf yang bersesuaian kepada casis, suspensi dan beberapa perkara yang berkaitan.

 

Piramid GR

 

Dalam satu kemaskini terbaharu, laman Wapcar turut menambah beberapa perencah menarik kepada berita kehadiran Vios GR Sport seperti kehadiran transmisi CVT dengan 10 nisbah kelajuan maya, bar pengimbang sebagai ciri standard, suspensi GR Sports serta set rim yang lebih sporti.

Seperti model GR Sport yang lain, tiada sebarang perubahan diberikan kepada trenkuasa, jadi adalah selamat untuk kita andaikan Vios facelift dengan lencana GR Sport ini masih lagi menggunakan enjin 2NR-FE 1.5 liter dengan angka output 107 PS dan 140 Nm.

 


Lebih menarik lagi, Vios GR Sport ini dikatakan akan dijual di beberapa buah pengedar Toyota yang terpilih, berkemungkinan besar boleh didapati di GR Garage.

Sebagai makluman, Toyota Vios telah pun menerima versi facelift beberapa bulan yang lalu dengan penambahan ciri menarik seperti brek kecemasan autonomi (AEB), serta amaran keluar laluan (LDA), di mana Yaris juga turut menerima kemaskini spesifikasi yang serupa.

Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan harga jualan untuk Vios GR Sport.


Sumber: Wapcar 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…