Larangan jual kereta berenjin 2035: Jerman tidak setuju

oleh Mohamad Hanif|
Menteri kewangan negara Jerman melahirkan rasa tidak setuju ke atas larangan penjualan kenderaan baharu berenjin petrol dan diesel secara kekal bermula tahun 2035.

Terdahulu, Jerman dilihat bersetuju dengan langkah Suruhanjaya Eropah (EC) menetapkan larangan penjualan kenderaan baharu ICE bermula dari tahun 2023.

Malah, perundangan itu sebenarnya diuruskan oleh kumpulan politik Greens yang mengendalikan kementerian alam sekitar, dan pada Mac, kerajaan tiga parti itu bersetuju untuk menyokong draf cadangan Suruhanjaya berhubung larangan 2035 itu.

Namun, ketika bercakap di persidangan lobi industri Jerman, menteri kewangannya Christian Linder berkata cadangan itu adalah salah dan kerajaan Jerman tidak bersetuju dengan undang-undang Eropah itu pada minggu ini.

Menurut laporan Politico, Linder sebenarnya merupakan peminat kereta sports dan sebelum ini melahirkan sokongan terhadap pembangunan bahan api sintetik.

Menteri Alam Sekitar The Greens, Steffi Lemke menolak kenyataan Lindner dengan menyebut kerajaan persekutuan perlu kekal dengan keputusan yang sebelum ini dipersetujui dan meneruskan larangan penjualan tersebut.

"Dalam sektor pengangkutan, kita perlu merancang keselamatan untuk industri kereta dan langkah-langkah tegas yang diperlukan untuk mengurangkan pelepasan CO2," jelasnya.

Sumber: Politico

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita turut berterima kasih kepada orang awam yang ada kesedaran dan dapat mengesan nombor plat…
Berita Domestik
Beliau berkata, langkah jangka pendek itu bertujuan mengatasi kesesakan jalan raya sepanjang tempoh…
Informasi
"Larangan ini juga bertujuan untuk mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja…