Larangan jual model ICE 2035 disambut baik Mercedes, VW

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Suruhanjaya Eropah (EC) telah mengadakan undian bagi cadangan melaksanakan undang-undang melarang penjualan kenderaan baharu berenjin pembakaran dalaman di Kesatuan Eropah (EU) bermula 2035.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan undang-undang baharu ini ternyata menimbulkan reaksi bercampur-campur, ada di kalangan mereka menyebut perancangan tersebut bercita-cita tinggi, selain menyebabkan kenaikan kos dan memberikan impak negatif kepada industri secara keseluruhan.

Namun begitu, dua pengeluar terbesar di benua tersebut, Mercedes-Benz dan Volkswagen percaya perancangan itu sebenarnya mampu dicapai.

Menurut laporan daripada Automotive News, Mercedes merupakan pengeluar pertama yang memberikan respons dengan menyatakan sokongan penuh terhadap larangan penjualan model ICE, malah menurut Mercedes ia mampu dicapai jauh lebih awal.

"Menjelang 2030, kami sedia untuk menjadi sebuah jenama elektrik sepenuh masa di mana keadaan pasaran membenarkannya," jelas Eckart von Klaeden, ketua perhubungan luar Mercedes memberitahu Agensi Akhbar Jerman (DPA).
 

VW


Walaupun Volkswagen menyifatkan strategi itu terlalu bercita-cita tinggi, namun syarkat itu mendakwa ia mampu dicapai.

Tambahan pula, peralihan kepada mobiliti elektrik merupakan satu cara yang wajar dari segi ekonomi, teknologi dan ekologi untuk menggantikan peranan enjin pembakaran dalaman secepat mungkin.

Selain daripada Mercedes dan VW, beberapa syarikat automotif lain turut menyokong peralihan kepada kenderaan elektrik sepenuhnya di Eropah bermula 2035 seperti Stellantis dan Jaguar.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Harga ditawarkan mereka kekal rendah oleh kerana "subsidi negara yang besar", katanya yang…
Berita Global
Namun, penggunaan teknik penyaduran krom bakal diharamkan kelak disebabkan oleh penghasilan…
Berita Global
Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara…