Larangan penutupan lorong di lebuh raya bermula hari ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa hari ini (24 Jun).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.

Katanya larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.

"Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan," katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan lorong tersebut dibuat untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf Jambatan…
Informasi
  Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.…
Informasi
  Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kesesakan di laluan tersebut, trafik arah ke utara akan…