Lari dari polis, lawan arus - Alza bertembung Hilux di Lebuhraya Pan-Borneo, 8 maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto FMT
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan pacuan empat roda di Jalan Sarikei-Sibu dekat lebuhraya Pan Borneo di Sarikei pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Bomba Sarawak berkata, kesemua mangsa yang maut tersebut merupakan lelaki yang menaiki Perodua Alza.

Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang.

Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dengan sebuah pacuan empat roda dengan dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh Pegawai Perubatan Kemeterian Kesihatan (KKM) yang telah berada di lokasi kejadian.

Dua mangsa yang menaiki Perodua Alza tercampak keluar dari kenderaan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala enam mangsa masih tersepit dalam kenderaan.

Tujuh daripada mangsa yang maut dikenalpasti sebagai warga Indonesia manakala seorang lagi merupakan warga tempatan.

Mayat kesemua mangsa kemudianya diserahkan kepada polis untuk tindakkan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Sarikei Aswandy Anis, berkata kemalangan kira-kira 2.50 petang itu berlaku ketika pemandu Perodua Alza lari daripada pemeriksaan sebuah kereta peronda polis.

Beliau berkata, kenderaan terbabit yang dipandu warga tempatan dengan tujuh penumpang warga Indonesia telah memasuki laluan bertentangan bermula di lencongan Simpang Bulat.

“Apabila tiba di Jambatan Sungai Nyelong, Lebuhraya Pan Borneo, kenderaan itu yang dikejar peronda MPV itu bertembung dengan sebuah Hilux yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati kemalangan…
Berita Domestik
"Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang Khamis apabila suspek gagal memberikan kerjasama untuk…
Berita Domestik
Rakaman tersebut menunjukkan kenderaan berkenaan dipandu secara melawan arus berhampiran bangunan…