Latvia derma kereta sita untuk kegunaan tentera Ukraine

oleh Mohamad Hanif|
Kereta-kereta yang disita oleh pihak berkuasa mungkin akan kembali kepada tuan asal, dibiarkan mereput atau dilelong kepada pihak yang berminat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kerajaan Latvia pula mempunyai cara yang unik, di mana kereta-kereta tersebut akan dihantar ke luar negara untuk didermakan kepada tentera Ukraine.

Pendekatan ini diluluskan oleh kerajaan baharu Latvia, di mana kereta yang telah disita daripada tangkapan pemandu mabuk akan didermakan kepada negara Ukraine.

Idea ini berasal daripada pergerakan sosial Latvia yang dikenali sebagai Twitter konvojs/NGO Agendum yang telah menghantar lebih daripada 1,000 unit kenderaan untuk kegunaan ketumbukan askar Ukraine.

Di Latvia, pemandu mabuk yang didapati memiliki kandungan alkohol 0.15 peratus dalam darah boleh menyebabkan kenderaan mereka disita, dan kereta-kereta tersebut asalnya akan dilelong oleh Perkhidmatan Hasil Negeri.

Langkah pendekatan ini merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi membantu negara Ukraine yang diserang tempoh hari.

Pengeluar automotif seperti Ferrari, Porsche, Nissan telah mendermakan bantuan kepada negara malang tersebut, dan ada di antara pengeluar seperti Toyota, Honda, dan Lamborghini telah menghentikan operasi perniagaan mereka di sana.

Sumber: Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Dartz, warna jingga yang digunakan ialah warna bertuah yang akan membawa kekayaan dan…