Lawan arus: Bukan mabuk tapi sengaja mahu jalan pintas

oleh SALINA JALIL|
Polis menafikan insiden seorang wanita yang memandu secara melawan arus hingga melanggar tiga kenderaan lain dalam kejadian di susur ke Jalan Perusahaan Perai, dekat Bukit Mertajam petang semalam adalah disebabkan pemandunya mabuk.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata pemandu wanita terbabit, sebaliknya berbuat demikian kerana mahu menggunakan jalan pintas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu wanita berusia 31 tahun itu sebelum dia dibebaskan dengan jaminan.

 

"Melalui siasatan dia tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, sebaliknya mahu guna 'shortcut' (jalan pintas)," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, wujud dakwaan daripada segelintir warganet yang menyatakan pemandu wanita itu memandu dalam keadaan mabuk hingga menjadi bualan hangat dalam media sosial.

 

Dalam kejadian jam 6.20 petang semalam, dua pemandu kereta lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal lelaki, 31 tahun menempuh detik cemas apabila ketiga-tiga mereka tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta yang dipandu wanita terbabit.

 

Kemalangan itu mengakibatkan kesemua mangsa termasuk pemandu wanita berkenaan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi menerima rawatan susulan kecederaan kecil dialami mereka.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…
Berita Domestik
"Bermula hari ini (Selasa), pihak polis akan membuat pemantauan lebih awal iaitu sebelum waktu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…