"Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.
"Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes-Benz didapati melakukan aksi sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Nadzri berkata, pada 12.30 tengah malam semua suspek dilihat memberhentikan kenderaan di kawasan parkir R&R Awan Besar dalam keadaan selamat.
"Susulan itu, sepasukan polis kemudian menghampiri semua suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun dan menahan sebelum membawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut," katanya.
Sementara itu, dalam operasi berasingan, lapan individu ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di kilometer 16 Lebuhraya Grand Saga arah Kuala Lumpur dan kilometer 8.8 Lebuhraya Persekutuan arah Klang.
"Semua individu berusai 19 hingga 24 tahun itu menunjukkan aksi yang berbahaya ketika menunggang motosikal.
"Ada di antara mereka bersaing sesama sendiri dan melakukan pelbagai aksi seperti zig-zag dan 'superman,'"katanya.
Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.
"Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.