Lawan arus: Pemandu Bezza telah dikesan!

oleh SALINA JALIL|
Polis sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Bezza yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru, di Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata ia susulan rakaman video yang tular di berhubung sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam, Jumaat lalu.


"Polis mengesahkan satu kes memandu secara melulu dan berbahaya membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza warna coklat yang dirakam melawan arus.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

"Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan pemilik dan pemandu yang membawa kenderaan itu, jam 7 malam tadi.

 

"Polis sudah mengarahkan pemandu berkenaan supaya tampil memberi keterangan, selain kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

 

Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan memandu melawan arus di lebuh raya.

 

 

 

BHOnline

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal…
Berita Global
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata wanita yang bekerja sebagai pegawai bank itu…
Berita Domestik
  Menurutnya, pemandu Perodua Bezza itu dari Sungai Petani menuju ke Taman Kristal Mount Erskine…