Lawan arus - Pemandu wanita Honda City serah diri

oleh Penyumbang Rencana|
Pemandu Honda City yang tular selepas memandu secara melawan arus di persimpangan lampu isyarat Pulau Melaka-Jalan Syed Abd Aziz pada Jumaat telah dikenal pasti dan diambil tindakan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita berusia 34 tahun itu telah hadir menyerah diri ke Pejabat Penguatkuasa Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) di Balai Bandar Hilir pada jam 5 petang.

"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya.

"Kejadian ini jelas merupakan satu kesalahan lalu lintas kerana pemandu telah menggunakan laluan bertentangan dan tidak mematuhi syarat trafik," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok @ matshop07 pada Jumaat memaparkan kenderaan berkenaan gagal mematuhi tunjuk arah trafik dengan melawan arus.

Christopher menyeru orang ramai sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak sebarang insiden yang boleh membahayakan pengguna lain.

Video di sini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa memaklumkan kereta Honda City dipandunya dilanggar sebuah Toyota Yaris berwarna merah di…
Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulai, AC Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu…