Layan bola sepak menerusi skrin belakang 31.1 inci dalam BMW 7 Series

oleh Mohamad Hanif|
BMW telah bekerjasama dengan organisasi DFL Deutsche Football Liga untuk menawarkan perkhidmatan penstriman perlawanan bola sepak Bundesliga yang boleh ditonton menerusi BMW Theater Screen sebesar 31.1 inci dalam sedan 7 Series serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada mulanya, perkhidmatan penstriman hanya dihadkan pada skrin melengkung papan pemuka, dimana siaran langsung perlawanan bola sepak itu hanya boleh ditonton apabila kenderaan diparkir.

Namun kini, perkhidmatan tersebut boleh dinikmati oleh penumpang belakang bagi membolehkan mereka menonton perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung ketika kereta sedang bergerak.
 

7 s


Menurut BMW, perkhidmatan penstriman itu kini ditawarkan di beberapa pasaran termasuklah Belgium, Brazil, Perancis, Itali, Korea Selatan, Netherlands, Singapura, Afrika Selatan, Thailand serta Emiriah Arab Bersatu.

Untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pemilik 7 Series perlu memuat turun aplikasi BMW Bundesliga In-Car App menerusi kedai aplikasi Fire TV, dan mereka hanya perlu memastikan rangkaian 5G benar-benar tersedia di lokasi masing-masing.

Penstriman Bundesliga juga telah tersedia untuk model iX sejak Mac yang lalu, manakala model X5, X6, dan X7 akan mula mendapat ciri tersebut pada bulan ini.