LBX Morizo RR Concept, guna enjin G16E-GTS 305 hp/400Nm!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus LBX Morizo RR Concept
Lexus LBX Morizo RR Concept
Siri berprestasi dari Toyota Motor Corporation (TMC) nampaknya tidak menemui pengujung jalan.

Terbaru Lexus LBX Morizo RR Concept diperkenal di Tokyo Auto Salon (TAS) 2024 yang membawa model crossover kompak itu ke aras berprestasi.

Seperti namanya, LBX ini menerima input langsung dari Pengerusi dan Master Driver TMC, Akio Toyoda yang turut dikenali sebagai Morizo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus LBX Morizo RR Concept 2024

 

Satu lagi yang menarik, enjin hibrid 1.5 liter M15A-FXE diganti dengan 1.6 liter turbo tiga silinder G16E-GTS yang menghasilkan 305 kuasa kuda (hp) dan tork 400Nm.

Angka itu 5 hp lebih tinggi berbanding GR Corolla Morizo Edition. Kuasa enjin memacu semua roda melalui sistem kawalan elektronik dan kotak gear automatik lapan kelajuan Direct Shift.

Kotak gear itu juga diguna pada GR Yaris 2024 yang baru sahaja diperkenal.

 

Lexus LBX Morizo RR Concept 2024

 

Kesemua elemen utama LBX diasah untuk prestasi termasuk badan, ampaian dan tayar. Dari segi rekaan, bampar tampil garang dengan jeriji besar dan liang sisi melintang.

Bahagian depan dibuat dengan gaya tersendiri dan bukan salinan GR kerana model berprestasi Lexus dikenali sebagai F SPORT.

Sisi LBX tampil seperti biasa kecuali rim 19 inci dan angkup brek warna kuning. Warna itu turut diguna pada jeriji dan tali pinggang keledar yang tampil dengan logo Morizo RR.

 

Lexus LBX Morizo RR Concept 2024

 

Bahagian belakang juga ringkas kecuali bibir bampar dan dua muncung ekzos pada kedua-dua sisi tanpa muncung tengah seperti Corolla Morizo. 

Lagi ciri khas seperti kerusi sport dan pedal aloi. Secara keseluruhan, LBX Morizo RR Concept menampakkan sisi Lexus yang berbeza dan terasa seperti Lexus yang di 'GR' kan.

Anjakan terbesar ialah enjin asal diganti dengan 1.6 liter turbo G16E-GTS!

 

Lexus LBX Morizo RR Concept 2024

 

Spesifikasi LBX Morizo RR Concept:

  • Panjang, lebar, tinggi (mm): 4,190 x 1,845 (+20), 1,535 (-10)
  • Enjin: 1.6 liter turbo 3 silinder G16E-GTS dengan interpendingin
  • Kuasa dan tork: 305 hp @ 6,500 rpm, 400Nm @ 3,250 – 4,600 rpm
  • Kotak gear: Automatik lapan kelajuan Direct Shift
  • Pacuan: Semua roda sepenuh masa kawalan elektronik
  • Rim dan tayar: Aloi 19 inci rekaan khas dan 235/45R19
  • Brek: 18 inci (depan), 16 inci (belakang)
  • Ampaian: MacPherson (depan), Double wishbone (belakang)
  • Warna: Sonic Chrome dengan Hitam, Ochre (dalam)
Lexus LBX Morizo RR Concept 2024

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin