LDP, KESAS, MEX, SMART, SPRINT bakal guna sistem pembayaran kad debit/kredit menjelang September 2023

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NST
Minggu lalu, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan lima lebuh raya pertama yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka, iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Jambatan Pulau Pinang, diikuti oleh Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) seperti yang diumumkan oleh PLUS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terbaharu, beliau mengumumkan lima lagi lebuh raya utama bakal melaksanakan sistem pembayaran kad debit/kredit, iaitu Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).

Kelima-lima lebuh raya ini dijangka akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka menjelang pertengahan September 2023.

Baca: Lima lebuhraya bakal laksana sistem pembayaran terbuka September 2023

Menurutnya, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini merupakan salah satu langkah persediaan peralihan ke arah MLFF (Multi Lane Fast Flow).

Untuk itu, Lebuhraya Sungai Besi telah dipilih sebagai lokasi perintis bagi pelaksanaan pembuktian konsep (POC) sistem MLFF yang akan dibuat pada penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem tersebut sebelum ia dilaksanakan di kesemua lebuh raya di Malaysia.

Lokasi kedua POC akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…