Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia merupakan susulan kepada pelaksanaan fasa pertama penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial.
Tambah beliau, pemeriksaan mengejut juga akan dilaksanakan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sebanyak 7,000 anggota polis dan agensi di bawah KDN akan ditugaskan sepanjang tempoh tersebut.
Sumber: Berita Harian