Lebih sejuta individu 'berputih mata' gagal buat ujian memandu

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lebih satu juta individu tidak dapat menjalani ujian memandu dan seterusnya memperoleh lesen kerana institut memandu di seluruh negara tidak beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.


Keadaan tersebut telah menyebabkan kesukaran kepada rakyat terutama generasi muda yang amat memerlukan lesen memandu untuk mencari rezeki.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum diambil untuk bekerja.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar berkata, kebanyakan individu tidak dapat mengambil lesen kelas B2 untuk motosikal dan D bagi motokar atau kereta.

 

Jelas beliau, institut memandu merupakan salah satu teras kepada sektor ekonomi dan wajar untuk dibuka secepat mungkin bagi membantu orang ramai mencari pekerjaan dalam keadaan sukar kini.

“Selain itu, pasaran kita juga termasuk pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan individu berusia 21 tahun ke atas. Lebih satu juta orang yang berpeluang untuk ambil lesen terkesan kerana tidak boleh ambil lesen.

 

“Sekarang ini, semua mahukan lesen. Kesan lesen memandu ini besar sebab ia asas kepada kemudahan untuk kita bergerak dan juga penting bagi sektor pengangkutan.

 

 

 

“Sektor ini amat perlukan lesen untuk beroperasi. Kalau kita lihat, sektor yang terkesan, orang terkesan dan hilang kerja. Kalau nak berniaga pasar malam pun naik van kena ada lesen. Kalau tidak, kena saman.

 

“Begitu juga syarikat kurier, logistik yang sememangnya memerlukan pekerja sekarang. Mereka hadapi masalah kekurangan pemandu sebab ada yang tidak boleh mengambil lesen. Kerajaan perlu pandang serius perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Jelas beliau, akibat penutupan sektor itu, ia menjejaskan sebanyak 231 institut memandu seluruh negara yang melibatkan 20,000 pekerja dengan kerugian hampir RM430 juta dalam tempoh dua tahun.

 

Ujar Mat Aris, penutupan institut memandu bagi tempoh yang panjang akan mengakibatkan pemberhentian pekerja termasuk kemungkinan penutupan institut memandu.

 

Tambah beliau, kebanyakan tenaga pengajar dan ejen institut memandu mengalami kesukaran terutama semasa waktu getir kini apabila sumber pendapatan bagi menampung kehidupan seharian mereka terjejas.

 

Oleh itu, beliau mengharapkan agar kerajaan membenarkan sektor tersebut dapat dibuka kembali selepas kebenaran diberikan kepada beberapa sektor ekonomi

lain.

“Memang wajar untuk buka semula sebab kalau tengok sektor ekonomi sudah dibuka. Sedangkan kedai gunting rambut yang ada sentuhan boleh dibuka. Belajar memandu ini jarak jauh. Kita tidak ada sentuhan.

 

 

gambar hiasan

 

“Kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang cukup baik. Semasa dibenarkan beroperasi selepas PKP yang lalu, di Semenanjung berjalan dengan lancar. Tidak ada kluster yang wujud pun.

 

“Oleh itu, Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) perlu membuat keputusan dengan segera. Jika tidak, ia akan mencetuskan kesan yang amat besar apabila sektor pengangkutan, pusat pengambilan lesen ini ditutup,” ujarnya.

 

Sehubungan itu, beliau berkata satu mesyuarat bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkaitan pembukaan semula sektor tersebut telah diadakan baru-baru ini.

 

Menurutnya, terdapat perkembangan positif apabila pihak JPJ telah mengemukakan perakuan kepada Kementerian Pengangkutan dan MKN untuk membenarkan sektor itu kembali beroperasi.

 

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, kebanyakan pekerja di institut memandu telah divaksinasi melebihi 70 peratus.

 

“Ada yang telah capai 100 peratus pun dan hanya dua buah negeri di bawah 70 peratus iaitu Perak dan Melaka.

 

“Perkara ini perlu dilaporkan supaya tidak ada keraguan semua pihak untuk benarkan sektor ini beroperasi. Operator, pengajar dan penceramah sudahpun divaksin.

 

“Saya berharap, MKN akan membenarkan dan meluluskan cadangan itu. Harapnya minggu pertama September kami sudah boleh beroperasi semula. Itu harapan saya,” katanya.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…