Lebihi sasaran, JPJ kutip hasil RM4.89 bilion pada tahun 2022

oleh Penyumbang Rencana|
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mencapai sasaran kutipan hasil bagi tahun kewangan 2022 mencecah RM4.89 bilion.


Keseluruhan jumlah tersebut dijanakan antaranya menerusi pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, angka itu melebihi sasaran 2022 iaitu RM4.21 bilion, malah dicapai dalam tempoh lebih awal iaitu pada September.

 

Tegasnya, dua portfolio JPJ sebelum ini iaitu menekankan aspek advokasi keselamatan jalan raya dan aspek pendigitalan kepada masyarakat menyumbang kepada kejayaan ini.

 

Selain itu, faktor kerjasama semua pihak termasuk sikap kesedaran masyarakat untuk memperbaharui cukai jalan dan hal-hal lain berkaitan pembayaran turut menyumbang kepada hasil kutipan.

 

"Kalau saya boleh kongsi hasil negara yang berjaya dikumpul oleh pihak JPJ untuk 2022 sebanyak 4.86 billion hingga 30 Disember dan angka akhir saya akan dapat dalam sedikit masa lagi.

 

"Saya jangkakan RM4.89 billion ini adalah angka akhir untuk sepanjang tahun 2022.

 

"Sasaran kita hanya RM4.21 bilion dan kita berjaya mengutip hasil sebanyak 4.89 bilion dan ini adalah kerjasama daripada semua pihak.

 

Justeru itu, beliau berharap sasaran kutipan dari 22 kaunter JPJ di UTC, 15 pejabat JPJ, dan 66 pejabat cawangan pada tahun ini akan terus meningkat.

 

Beliau ditemui selepas mengadakan operasi Op Ambang Tahun Baru di Plaza Tol Gombak pada malam Ahad.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…