Lebuh raya CSR, laluan dari Bentong ke Lebu dirasmikan hari ini

oleh SALINA JALIL|
Projek Central Spine Road (CSR) subpakej 5C dari Kampung Asap-Kampung Sertik di Bentong dan 5D Bentong Bypass, lebuh raya empat lorong dua hala sejauh 28.5 kilometer yang siap dibina, akan dirasmikan hari ini, 7 Oktober 2021.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedua-dua subpakej ini adalah sebahagian daripada keseluruhan projek CSR BEBAS TOL sepanjang 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan telah dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN).


“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Khamis.

 

Beliau yakin projek CSR ini dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

 

Tambahnya, ia juga dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat.

 

csr

 

Yang pasti selepas ini masalah kesesakan luar biasa di bandar Bentong setiap kali musim cuti dan perayaan akan berakhir selepas adanya lebuh raya  laluan  Central Spine Road (CSR) dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ke Lebu.

 

Penggunaan laluan baharu itu menyaksikan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan ke arah Raub termasuklah yang dalam perjalanan ke Kelantan tidak perlu lagi memasuki bandar Bentong.

 

Pengguna jalan raya perlu memasuki laluan CSR berkenaan daripada persimpangan Lebuh Raya KLK sebelum keluar di persimpangan Lebu untuk meneruskan perjalanan melalui Jalan Bentong-Raub.


 

Laluan CSR, yang menggunakan kaedah Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP), merangkumi enam fasa: dari Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan (47km); Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (60km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (94km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (45km); Raub ke Bentong (54km); dan Bentong ke Simpang Pelangai (47km).

 

 

NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Keadaan sebegini sudah hampir berlarutan hampir lima tahun selepas sebahagian Lebuh Raya Central…