Lebuhraya baharu DASH bakal dibuka sepenuhnya minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
PROLINTAS dijangka akan membuka sepenuhnya laluan utama jajaran DASH sepanjang 20.1 km yang menghubungkan Puncak Perdana ke Penchala dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan konsep lebuh raya bertingkat yang sama seperti SUKE, 90 peratus daripadanya merupakan struktur bertingkat, dan selebihnya di atas tanah.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik berkenaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang bakal dibuka kepada umum kelak.
 

DASH


1. Laluan 20.1 km menghubungkan Puncak Perdana ke Penchala, dengan jumlah panjang keseluruhan sejauh 55.4 km termasuk susur persimpangan, termasuk laluan Spaghetti Link, dan dijangka mampu mengurangkan jarak perjalanan sehingga 30 minit daripada 90 minit menggunakan laluan sedia ada.

2. Terdapat tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM dan Kota Damansara, serta 13 persimpangan seperti Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang 2, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Damansara Perdana, Penchala.

3. Menghubungkan tiga lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Penchala Link, Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
 

DASH


4. DASH mempunyai kemudahan dua kawasan rehat & rawat di Plaza Tol Denai Alam (yang bakal dibina kelak), serta dua hentian sebelah di Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara).

5. DASH turut membina penghadang bunyi kepungan penuh yang pertama di Malaysia sepanjang 260 meter.
 

dash


6. Selain dilengkapi 2,441 lampu LED di sepanjang laluan, DASH turut memasang 37 CCTV, 18 telefon kecemasan, 30 sistem pengesanan kenderaan dan kemalangan (VIDS), dan 10 papan tanda mesej pelbagai (VMS).

7. Plaza tol berkonsepkan kanopi sebagai persediaan pelaksanaan sistem tol aliran bebas (MLFF) pada masa depan.
 

DASH


8. DASH merupakan salah satu projek berimpak tinggi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), menyediakan 12,000 peluang pekerjaan melibatkan beberapa bidang termasuklah pengurusan, kejuruteraan, teknikal, petugas baris hadapan dan pekerja kontrak.

9. DASH turut melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) seperti berikut:
-membina tanjakan susur masuk khas di Persimpangan Damansara Perdana
-memindahkan 700 pokok dan menanam semula kira-kira 110,000 tanaman pelbagai jenis di beberapa lokasi sepanjang jajaran
-kemudahan bas percuma dan tempat letak kenderaan disediakan untuk kegunaan penduduk yang terkesan dengan pembinaan
-melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan lanskap, termasuk sistem perparitan dan saluran wayar elektrik, serta penurapan semula jalan sedia ada

 

DASH


10. DASH menyasarkan kapasiti trafik sebanyak 50,000 unit kenderaan sehari, dengan menyediakan laluan alternatif ke Persiaran Surian di Kota Damansara, Lapangan Terbang Subang, Damansara Perdana, Pencahala dan Bandaraya Kuala Lumpur.

11. Pembinaan DASH bermula pada Ogos 2016, dan berakhir pada 30 September 2022 dengan kos keseluruhan RM4.2 bilion.

12. Konsesi bermula pada 25 Disember 2014 dan berakhir pada 24 Disember 2069 (55 tahun).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan dibuka secara rasmi bermula 14 Oktober 2022 jam 12.01 tengah malam, dan seperti pembukaan…