Lebuhraya DASH rasmi dibuka 14 Oktober ini, tol percuma 14 Oktober-30 November 2022

oleh Mohamad Hanif|
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) hari ini dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Plaza Tol Denai Alam, sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia akan dibuka secara rasmi bermula 14 Oktober 2022 jam 12.01 tengah malam, dan seperti pembukaan SUKE, tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan untuk tempoh bermula 14 Oktober hingga 30 November 2022.

Lebuh raya bertingkat tiga lorong sepanjang 20.1 km itu menghubungkan Puncak Perdana ke Penchala dan mempunyai 13 persimpangan, tiga plaza tol dan dua hentian sebelah.

DASH juga menghubungkan beberapa rangkaian lebuhraya seperti Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

DASH bakal menjadi laluan alternatif yang mampu mengurangkan kesesakan kepada pengguna di sekitar Shah Alam di barat untuk menuju ke Kuala Lumpur, dan mampu menyuraikan trafik di kawasan antara dua bandar tersebut.

Ia juga dijangka mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari, Jalan Sungai Buloh, dan Persiaran Surian sehingga 40 peratus pada waktu puncak.

Baca: Fakta berkenaan SUKE

Baca: Fakta berkenaan DASH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menggunakan konsep lebuh raya bertingkat yang sama seperti SUKE, 90 peratus daripadanya merupakan…