Lebuhraya Karak dan LPT 1 - Beberapa laluan ditutup akibat tanah runtuh, banjir

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari ANIH berhad
Beberapa laluan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir pada Ahad.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anih Berhad sehingga jam 4 pagi, Kilometer (KM) 66.1 dan 69.5 hala Kuala Lumpur masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 1 pagi dan masih dalam proses pembersihan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Selain itu, di KM 75.1 hala Kuala Lumpur dilanda banjir dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.


"Turut terjejas akibat banjir di KM 74.4 (hala Kuala Lumpur) yang ditutup kepada semua kenderaan manakala KM 67.8 ditutup kerana banjir lumpur manakala KM 66.4 hingga KM 66.1 hala sama turut dilanda banjir Lumpur dan dalam proses pembersihan," ujar kenyataan tersebut.
 

 

Kenyataan itu juga memberitahu, di KM 52.4 sudah dinaiki air namun masih boleh dilalui semua kenderaan.

 

Dalam pada itu, di KM 113, KM 84.6 iaitu kedua-dua hala, air sudah menaiki jalan dan bahaya kepada semua kenderaan.

 

"Turut berdepan situasi sama di KM 84.4 di kedua-dua hala.Laluan Karak-Temerloh juga akan ditutup untuk kedua-dua hala," jelas kenyataan itu.

 

 

SinarHarian
 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…