Lee Motors Autohaus diiktiraf Dealer of the Year 2021 Volkswagen Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) baru-baru ini menghargai pencapaian para pengedarnya menerusi anugerah Dealer Awards 2021 yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam menyokong jenama tersebut di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penghargaan tersebut diberikan berdasarkan penilaian terhadap kriteria seperti pencapaian dan usaha di dalam jualan, khidmat selepas jualan, pemasaran, kepuasan pelanggan serta kelayakan tenaga pekerja.

Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar) berjaya merangkul dua anugerah daripada empat kategori yang dipertandingkan, iaitu Pengedar Paling Berprestij 2021 dan Pengedar Terbaik untuk Kategori B.

Berdasarkan penilaian, Lee Motors Autohaus berjaya melepasi jangkaan untuk insiatif jualan dan selepas jualan menerusi kempen yang sangat kreatif, prestasi jualan yang mantap, perkhidmatan terbaik, serta kepuasan pelanggan yang cemerlang.
 

VPCM


Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori:

  • Dealer of the Year - Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar)
  • Category A - F.A. Wagen (Volkswagen Glenmarie)
  • Category B - Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar)
  • Das WeltAuto - PHS Autohaus (Volkswagen Puchong)

Anugerah Das WeltAuto (DWA) merupakan anugerah baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021, di mana pengedar DWA dinilai berdasarkan prestasi aktiviti jualan kenderaan pra-milik, serta pematuhan kepada piawaian dan proses.

Volkswagen Passenger Car Malaysia melancarkan DWA pada tahun 2019 sebagai salah satu opsyen kepada pelanggan untuk mendapatkan kenderaan pra-milik yang disahkan bagi memberikan keyakinan dan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.

Program kenderaan pra-milik ini tersedia di sembilan buah pengedar Volkswagen di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…