Lee Motors umumkan fasiliti BMW i Charging baharu di Kedah

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena majlis pecah tanah untuk bilik pameran terbaharunya di Alor Setar, Lee Motors turut mengumumkan 3 fasiliti BMW i Charging baharu mereka di Kedah, dimana 2 jenis pengecas pantas DC dan 1 jenis pengecas AC, yang akan dikuasakan oleh RExharge.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bilik pameran baharunya iaitu Auto Care bertempat di Alor Setar, Kedah, akan mula dibuka untuk pelanggan bermula suku keempat tahun 2024.

 

2

 

Fasiliti baharu itu mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi, ianya akan memiliki ruang bersaiz dua kali ganda lebih besar berbanding lokasi terkini mereka, dan akan direka berdasarkan konsep BMW Retail NEXT

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Tahun 2023 baru sahaja membuka tirainya dan kami berasa amat teruja untuk mengalu-alukan pembangunan bilik pameran Lee Motors di Alor Setar,"

 

3

 

"Serta penyebarluasan rangkaian infrastruktur pengecasan kami melalui fasiliti-fasiliti BMW i Charging baharu yang telah didirikan di Kelab Kedah Diraja."

"Pembangunan bilik pameran Lee Motors baharu dan bersaiz lebih besar juga merupakan bukti pertumbuhan pasaran yang kukuh bagi segmen premium di rantau ini."

 

4

 

Lee Motors Auto Care dijangka mampu mempamerkan 16 buah kenderaan premium baharu dan terpakai daripada portfolio BMW dan BMW Premium Selection.

Bilik pameran baharu itu juga akan dilengkapi dua ruang penghantaran, lapan ruang kerja, ia juga turut berpotensi untuk ditingkatkan kepada 12 ruang pada masa akan datang, berserta dua ruang untuk khidmat resepsi di kereta (RATC).

 

5

 

Eugene Lee, Pengarah Urusan Lee Motors turut berkongsi, “Sebagai wakil pengedar BMW bertauliah selama 20 tahun setakat ini, dan satu-satunya wakil jenama ini di Kedah,"

"kami komited untuk membekalkan Kenikmatan Pemanduan Sempurna seperti yang dijanjikan oleh BMW, yakni buat para penduduk di rantau utara Malaysia."

 

6

 

Dikuasakan oleh RExharge, fasiliti BMW i Charging baharu yang terletak di Kelab Kedah Diraja itu kini dibuka untuk kegunaan awam, ia menampilkan pengecas AC 11 kW berserta dua fasiliti pengecasan pantas DC 60 kW.

Dari segi kos pengecasan, ianya ditawarkan dengan kadar RM 1.40 per minit untuk pengecas DC, dan RM 0.15 per minit untuk pengecas AC bersamaan RM9 sejam.