Lego hasilkan kit Optimus Prime, boleh bertukar jadi robot, lori!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan Optimus Prime?

Lego buat kali pertamanya bekerjasama dengan Hasbro kini menawarkan figura Lego Optimus Prime yang mampu bertukar bentuk sama ada menjadi bentuk robot atau bentuk lori yang boleh bergerak.
 

Optimus


Binaan yang terdiri daripada 1,508 kepingan Lego itu mempunyai ketinggian 35 cm apabila ia didirikan dalam bentuk robot, dan mempunyai saiz sekitar 10.5 cm panjang, 12 cm lebar dan 15 cm tinggi sahaja apabila dalam bentuk lori.

Lego Optimus Prime ini juga turut menampilkan 19 poin artikulasi yang membolehkan ia bertukar menjadi sebuah robot dan juga lori tanpa sebarang masalah tanpa memerlukan binaan semula dibuat.
 

Optimus Prime


Kit Lego Optimus Prime itu juga hadir dengan barangan ekstra seperti ion blaster, Energon ax, Energon Cube, serta Autobot Matrix of Leadership yang boleh disimpan di dalam ruang dada Optimus Prime.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Lego Optimus Prime ini dijual pada harga $169.99 dan akan mula dijual pada 1 Jun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…