LEGO lancar model Audi Sport Quattro S1 & Ferrari F8 Tributo - harga dari RM83!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Los Angeles Auto Show 2019 yang mempamerkan kereta sebenar, LEGO pula mengambil kesempatan dengan melancarkan dua buah model di bawah siri Lego Speed Champions,
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang pasti, kedua-duanya kini bersaiz 25 peratus lebih besar berbanding kit terdahulu. 

Dua model yang dimaksudkan itu terdiri daripada sebuah supercar moden dan sebuah jentera rali Group B yang popular, iaitu Audi Sport Quattro S1 tahun 1985 dan Ferrari F8 Tributo. 
 


Kita mulakan dengan jentera rali yang kini menyambut ulang tahun yang ke-35, Audi Sport Quattro S1 di mana segala elemen yang ada pada jentera Group B tersebut berjaya diterjemahkan dengan baik dalam bentuk Lego. 

Ini termasuklah grafik badan retro, stripe ikonik pasukan Audi serta beberapa logo perkataan Audi, Audi Sport, Audi Team dan Quattro pada badan. 

Di bahagian luar pula terpasang kluster lampu rali, fender flare, komponen aerodinamik bersegi serta dua set rim yang dibina se-original yang mungkin. 

Anda juga boleh memasang pemandu miniatur di bahagian kabin jentera rali ini. 
 


Sementara itu, Ferrari F8 Tributo pula sesuai untuk mereka yang tidak melayan jentera rali Group B itu tadi. 

Ia dilayangkan dengan warna merah di mana tidak banyak pelekat disertakan kecuali di bahagian lampu utama dan lencana sahaja. 

Kedua-dua model Audi dan Ferrari ini bakal dijual kepada umum pada Januari 2020 dengan harga permulaan $19.99 (RM83.83). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…