LEGO lancar set kereta F1 dan AMG Project One, harga dari RM125.52

oleh Mohamad Hanif|
LEGO mengemaskini penawaran siri Lego Speed Champions dengan menambah beberapa model menarik, termasuk gandingan jentera F1 Lewis Hamilton tahun 2021 dan Mercedes-AMG Project One.

 

AMG


Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (RM125.52) dan terdiri daripada 564 kepingan Lego yang mampu membentuk komponen penting pada jentera F1 termasuk sayap depan, halo, sayap belakang serta tayar Pirelli.
 

AMG


Selain daripada itu, antara jentera lain yang disekalikan dalam penawaran Speed Champions termasuklah kombo Aston Martin Vantage GT3 dan Aston Martin Valkyrie AMR Pro (harga $39.99 atau RM167.38), Lamborghini Countach, Lotus Evija dan Ferrari 512 M yang setiap satu berharga $19.99 (RM83.67).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…